Friday, April 16, 2010

Berhati-hati !!!

Bekalan makanan sekarang amat berisiko,salah satu sebab ialah bahan yang dimasukkan dalam makanan tersebut.Dalam blog ini,saya tidak hendak kritik sesiapa atau piiha-phiak lain.Saya cuma ingin memberitahu anda,kita mesti berhati-hati semasa makan makanan.

Contohnya,perkataan yang terdapat dalam gambar bawa ini menyatakan Keracunan Makanan Tin.Pihak tersebut yang ingin mengurangkan kos modal,dia telah menggunakan bahan kimia untuk berganti bahan yang khasiat.Semua bahan kimia yang telah campur ke dalam makanan tin ini,akan membawa implikasi ynag negatif kepada manusia.Ini telah menujukkan pengguna yang makan makanan tersebut akan mengalami bahaya dari segi kesihatan.








Jika anda ingin mengetahui informasi yanng lebih teliti,anda boleh melayari lamam web:
http://www.chinadigitaltimes.net/2008/09/list-of-toxic-foods-you-got-to-know/

Sunday, April 11, 2010

Tanya sahaja.Jangan segan.





Saya telah mengunjungi PC Fair,saya telah membelajari satu teknik yang sangat efisien iaitu TANYA PENJUAL ATAU PROMOTER,cara ini amat berguna untuk mengetahui informasi barang tersebut.
Contohnya,gambar yang bawa ini


Gadis ini sedang berinteraksi dengan orang tersebut.
Dalam interaksi ini,dua orang yang pakai t-shirt merah
itu, akan mengetahui lebih banyak informasi lebih
daripada "brochure" yang dibagikan oleh gadis yang pakai
t-shirt biru itu(promoter).

Saturday, April 10, 2010

Macam mana guna ini?

Pada setiap kali,kita membeli sesuatu barang.Kita terlupa atau tidak memberi perhatian kepada cara untuk mengguna benda tersebut.

Hal ini demikian,benda tersebut mungkin membawa kesan yang buruk kepada anda.

Contohnya,anda telah beli sebotol aerosol cat,anda perlu melihat dan membaca cara untuk mengguna aerosol cat itu.







Dengan membaca cara mmengguna benda tersebut,anda akan dapat mengelakkan kemalangan.Kita sebagai pengguna ada hak untuk mendapat keselamatan.

Tuesday, April 6, 2010

Datar harga?

Apa itu "FLAT PRICE"?Kita sebagai pengguna mesti mengetahui rangkai kata atau perkataan yang digunakan dalam taktik mempapar iklan.Contohnya, harga "Mr. Potato" yang dijual di tempat X.


Anda boleh lihat gambar di atas,bungkusan makanan ringanan ini mengandungi 8 bungkusan yang saiz agak kecil.hal ini demikian,pengguna yang hendak membeli makanan ringan ini mesti fikir secara teliti sebelum membuat sebarang perbelanjaan.Anda boleh cuba mengira dengan pengiraan yang senang.

Sebagai contoh,satu bungkusan adalah RM5.00 dan bilangan dalam bungkusan ini mengandungi bungkusan yang kecil adalah 8. JIKA satu bungkusan kecil berharga RMo.50

( RM0.50 x 8 =RM4.00) pengiraan ini telah menunjukan harga makanan ringan ini mahal.

Sebaliknya,JIKA stau bungkusan kecil berharga RM0.70

(RM0.70 X 8 =RM5.60) pengiraan ini telah menunjukan harga makanan ringan ini murah.

Konklusinya,anda perlulah mengetahui harga pasaran tentang barang tersebut,sebelum berasa kesal membuat keputusan yang salah.


Saturday, April 3, 2010

Memberi Perihatin Kepada Resit

Sebagai Pengguna yang bijak juga perlu memberi perihatin kepada resit dan barangan selepas membuat sebarang perbelanjaan.Kaedah ini amat berguna supaya dapat menjamin barang yang beli itu tidak mangalami sebarang kerosakan.Jika anda nampak kualiti atau kuantiiti barang yang beli itu merosot,anda boleh balik ke kedai tersebut untuk mendapat ganti rugi,dengan resit barang tersebut.
Contohnya, resit di bawa ini.




















Pada hujung resit ini telah mencatat:"Goods sold are non-refundable.Exchange is allowed within 14 days from the date of purchase with original receipt.Items exhange must be in original condition."

Maksudnya ialah "Semua barang yang dijual tidak boleh membuat memulang balik.Ganti rugi cuma boleh dibuat dalam masa 14 hari(kira dari tarikh pertama beli barang tersebut).Barang yang perlu membuat ganti rugi perlu dalam keadaan asal."

Friday, April 2, 2010

Mendapat Maklumat Sebelum Membuat Perbelanjaan

Pengguna mesti diberi maklumat yang mencukupi dan tepat untuk memudahkannya membuat keputusan yang bijak. Pengguna hendaklah dilindungi juga daripada dakyah pengiklanan, pelabelan dan amalan lain yang palsu, penipuan dan penyelewengan.
Selain itu,pengguna boleh mengetahui atau mendapat maklumat melalui tanya pihak penjual tersebut.
Contohnya,anda boleh merujuk kepada video yang berada di bawa.



Tambahan pula,anda juga boleh melayari laman web untuk mendapat informasi yang lebih teliti.

Hak-hak Sebagai Pengguna

1.Hak untuk mendapatkan keselamatan
Hak untuk dilindungi daripada barangan yang dipasarkan atau bekalan perkhidmatan yang membahayakan kesihatan dan kehidupan pengguna.


2. Hak untuk mendapatkan maklumat
Hak untuk dilindungi daripada iklan atu label yang mengelirukan, tidak jujur
atau menyeleweng dan hak untuk mendapatkan fakta dan maklumat yang diperlukan
untuk membuat pilihan yang tepat.


3. Hak untuk membuat pilihan
Hak untuk membuat pilihan barangan dan perkhidmatan dengan harga perpatutan dan
jaminan kualiti yang memuaskan.


4. Hak untuk bersuara
Pengguna berhak untuk menyuarakan pendapat secara individu atau berwakil supaya
suara mereka didengari dan diambil kira dalam penggubalan dasar kerajaan.
Pengguna juga berhak untuk menyuarakan rasa tidak puas hati jika mendapat
barangan yang tidak bermutu atau perkhidmatan yang tidak memuaskan.


5. Hak untuk mendapatkan keperluan asas
Hak untuk mendapatkan keperluan dan perkhidmatan asas yang mencukupi seperti
makanan, pakaian, tempat tinggal, kesihatan, pendidikan dan sanitasi.


6. Hak untuk mendapatkan ganti rugi
Hak untuk mendapatkan ganti rugi bagi gambaran yang tidak benar, barangan
berkualiti rendah atau perkhidmatan yang tidak memuaskan.


7. Hak untuk mendapatkan pendidikan kepenggunaan
Hak untuk mendapatkan ilmu dan pengetahuan di dalam hal-hal kepenggunaan supaya
menjadi pengguna yang berilmu dan bermaklumat.


8. Hak untuk mendapatkan alam sekitar yang sihat dan selamat
Hak untuk hidup dan bekerja dalam persekitaran yang segar, tidak mengancam
ataupun bahaya serta membolehkan hidup penuh dengan keselamatan dan keselesaan.